Inti Pati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pada perutusan khas yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan dan radio di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Ini serba sedikit inti pati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Semoga bermanfaat untuk semua.



  • Kerajaan telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi, termasuk Pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan berjumlah RM260 bilion.

  •  Di bawah PENJANA, Kerajaan telah mengenalpasti 3 teras utama iaitu: 

    • Pertama: Memperkasakan Rakyat (Empower People); 
    • Kedua: Melonjakkan Perniagaan (Propel businesses); dan 5 
    • Ketiga: Merangsang Ekonomi (Stimulate the economy)

  • Terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah PENJANA. Daripada jumlah ini, sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal langsung daripada Kerajaan.

  • Kerajaan akan memperuntukkan hampir RM9 bilion yang akan memanfaatkan seramai 3 juta tenaga pekerja melalui beberapa inisiatif.

  • Perluasan Program Subsidi Upah bernilai RM5 bilion, dilanjutkan selama 3 bulan lagi. Subsidi upah ini ditetapkan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksima 200 pekerja bagi setiap syarikat.

  • Bagi pekerja sektor pelancongan dan sektor-sektor yang tersenarai dalam aktiviti ekonomi yang dilarang sepanjang tempoh PKPB, serta telah diarahkan mengambil cuti tanpa gaji, majikan boleh memohon subsidi upah dengan syarat pekerja tersebut menerima bayaran subsidi secara langsung. 

  • Program Insentif Pengambilan Pekerja berjumlah RM1.5 bilion. Bagi menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan, Kerajaan akan memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja di mana syarikat akan diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia. Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat melalui dua insentif iaitu: (Insentif-insentif ini akan diberikan selama 6 bulan. )

    • Pertama: Insentif bagi menggaji penggangur berumur di bawah 40 tahun sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja; dan 
    • Kedua: Insentif bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas dan golongan OKU sebanyak RM1,000 sebulan. 

  • Bagi membantu dan menggalakkan penganggur meningkatkan kemahiran, elaun latihan sehingga RM4,000 boleh dituntut daripada PERKESO oleh mereka yang hilang pekerjaan, walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan. 

  • Bagi menangani isu kadar pengangguran belia dan meningkatkan kebolehpasaran graduan, Kerajaan juga akan menyediakan insentif kepada majikan yang menyediakan peluang perantis kepada lepasan sekolah dan graduan pada kadar RM600 sebulan.

  • Kerajaan akan memperuntukkan RM2 bilion bagi program peningkatan kemahiran untuk mereka yang sedang menganggur dan juga golongan belia. Ini akan memanfaatkan lebih daripada 200 ribu orang.

  • Bagi golongan belia, ini termasuklah program latihan dan penempatan (place and train), pelaksanaan kursus jangka pendek di institusi-institusi terpilih dan subsidi latihan

  • Seterusnya, bagi golongan penganggur pula, Kerajaan akan melaksanakan program peningkatan kemahiran (upskilling) di dalam industri penting seperti elektrik 7 dan elektronik serta teknologi maklumat dan komunikasi dan menggalakkan penyambungan pembelajaran melalui kursus jangka pendek dan subsidi latihan.

  •  Kerajaan juga akan merangka dasar untuk menyokong pertumbuhan ekonomi gig dan kebajikan pekerja dalam sektor ini. Sebagai Kerajaan yang prihatin terhadap keselamatan sosial dan kebajikan golongan ini, sebanyak RM75 juta akan diperuntukkan bagi langkah-langkah berikut:

    • Pertama: Geran sejumlah RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan bagi platform ekonomi gig untuk mencarum bagi pekerjanya di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP; dan
    • Kedua: Peruntukan sebanyak RM25 juta kepada MDEC bagi program Global Online Workforce (GLOW) yang bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa.  <CLICK HERE>

  • Selaras dengan saranan Kerajaan yang menggalakkan majikan, terutamanya industri PKS untuk melaksanakan konsep bekerja dari rumah atau work from home, insentif percukaian dan juga perlindungan insuran pekerjaan akan diberikan. Sebagai contoh, pengecualian cukai pendapatan sehingga RM5,000 kepada pekerja yang menerima manfaat dalam bentuk telefon bimbit, komputer riba atau tablet daripada majikan.

  • Bagi meningkatkan keyakinan ibu bapa untuk menghantar semula anak-anak mereka ke taska, Kerajaan akan memberikan geran kepada pengendali taska untuk mematuhi dan melaksanakan SOP yang ditetapkan. Selain itu, e-Baucar akan 8 disediakan untuk perkhidmatan pengasuh kanak-kanak yang ditempah dalam talian dan juga insentif cukai pendapatan individu untuk yuran yang dibayar kepada taman asuhan dan taman didikan kanak-kanak sehingga RM3,000. Langkah ini akan dikawal selia oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat dan LHDN.

  • Bagi meringankan beban kos pengangkutan, Kerajaan akan memperkenalkan Program MY30 di mana pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan Prasarana di Lembah Klang. Inisiatif ini terbuka kepada semua warganegara dan akan berkuatkuasa mulai 15 Jun hingga hujung 2020. 

  • Sehubungan itu, lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat layak menerima bantuan one-off sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka. 

  • Kemudahan skim PEKA B40 akan diperkasakan dengan penambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membiayai saringan kesihatan dan kemudahan peralatan perubatan.

  • Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan 9 menyediakan perkhidmatan internet dengan kapasiti 1 gigabyte secara percuma untuk semua pengguna dari jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari untuk melayari laman web berkaitan pendidikan dan aplikasi persidangan video. Perkhidmatan internet percuma ini akan disediakan sehingga 31 Disember 2020.

  • Dalam usaha mendorong perusahaan mikro dan PKS beralih kepada khidmat digital atau atas talian, Kerajaan bersama sektor swasta akan membiayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta. Peruntukan ini akan digunakan untuk sesi latihan, subsidi penjual dan bantuan penjualan. Inisiatif ini akan diterajui oleh MDEC bersama platform e-dagang yang terpilih.

  • Kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta akan menjalankan kempen “Shop Malaysia Online” bagi menggalakkan rakyat berbelanja secara atas talian, di mana kod promosi dan pelbagai baucar diskaun akan diberi melalui platform e-dagang. Sebagai permulaan, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM70 juta yang akan dipadankan dengan jumlah yang sama oleh platform e-dagang. 

  • Seterusnya, bagi PKS dan syarikat di peringkat pertengahan atau mid-tier companies, Kerajaan akan meneruskan pemberian geran dan pinjaman berjumlah RM700 juta untuk membolehkan lebih banyak syarikat melanggan atau menggunakan perkhidmatan digitalisasi. Ini termasuk:

    • Pertama: RM100 juta Geran Padanan Digital PKS yang akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi;
    • Kedua: RM500 juta di bawah Dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah; dan
    • Ketiga: RM100 juta Geran Automasi Pintar, di mana setiap syarikat yang layak akan menerima geran sehingga RM1 juta.

  • Dalam usaha membantu kelangsungan PKS yang terlibat dalam sektor kepentingan yang disasarkan, sektor perbankan akan menawarkan dana tambahan sebanyak RM2 bilion melalui Skim Pembiayaan PKS PENJANA. Pembiayaan ini boleh dipohon mulai pertengahan Jun 2020 dengan had sehingga RM500 ribu bagi setiap PKS.

  • Untuk membantu sektor pelancongan, Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA bernilah RM1 bilion akan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh PKS dalam sektor pelancongan agar terus berdaya saing dalam era kebiasaan baharu. Perincian dana ini akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan Julai 2020. 

  • Untuk perusahaan mikro pula, Kerajaan akan mewujudkan Pembiayaan Mikro PENJANA dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional dan TEKUN Nasional bagi pembiayaan sebanyak RM400 juta di mana RM50 juta akan dikhususkan kepada usahawan wanita. 

  • Dalam usaha untuk memperkasakan penglibatan Bumiputera dan memastikan kelangsungan dalam bidang perniagaan dan keusahawan, pembiayaan sebanyak RM200 juta akan ditawarkan melalui Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Selain itu, RM300 juta akan disalurkan kepada MARA di mana usahawan Bumputera termasuk institut kemahiran yang terjejas boleh mendapatkan pembiayaan untuk modal kerja.

  • Di samping itu, bagi membantu aliran tunai PKS, mulai awal Julai, SME Bank melalui Skim SME-GO akan menyediakan pembiayaan kepada 16,000 kontraktor Gred G2 dan G3 yang berkelayakan dan telah mendapat projek di bawah PRIHATIN. Bagi memberi kemudahan kepada pihak kontraktor, tiada cagaran atau deposit perlu disediakan.

  • Elaun Modal Dipercepatkan dan potongan cukai khas sebanyak 30 peratus bagi pengurangan sewa premis akan dilanjutkan.

  •  Kerajaan akan menyediakan geran padanan melalui Malaysian Global Innovation and Creativity Center (MaGIC) berjumlah RM10 juta kepada Perusahaan Sosial yang berjaya mengumpul sumbangan untuk melaksanakan projek sosial bagi menangani isu yang dihadapi oleh komuniti sasar dengan menggunakan kaedah inovatif.

  • Dalam usaha Kerajaan untuk membantu lebih 900 ribu perusahaan kecil dan sederhana dan usahawan tempatan, beberapa langkah dan insentif cukai akan dilaksanakan:

    • Pertama: Bagi menggalakkan penubuhan entiti baharu PKS, Kerajaan bersetuju untuk memberikan rebat cukai pendapatan sehingga RM20,000 bagi setiap tahun untuk tempoh tiga tahun taksiran pertama tertakluk kepada syarat yang ditetapkan. Rebat cukai pendapatan ini diberikan kepada syarikat baharu yang ditubuhkan dan beroperasi antara 1 Julai 2020 dan 31 Disember 2021; dan
    • Kedua: Bagi menggalakkan PKS meningkatkan daya saing dalam menjalankan perniagaan melalui skim pencantuman dan pemerolehan atau merger & acquisition, Kerajaan bersetuju memberikan pengecualian duti setem ke atas surat cara berkaitan percantuman atau pemerolehan bagi transaksi yang disempurnakan antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

  •  Untuk memacu pemulihan ekonomi negara melalui proses digitalisasi perniagaan, Kerajaan akan menubuhkan Dana Penjana Nasional berjumlah RM1.2 bilion dengan peruntukan RM600 juta daripada kerajaan dan dipadankan dengan RM600 juta daripada pelabur domestik dan antarabangsa. Dana ini akan digunakan untuk memupuk inovasi dan mengembangkan bakat modal teroka tempatan atau domestic venture capital. Antara pelabur antarabangsa yang berminat untuk turut serta ialah SK Group, Hanwha Asset Management, KB Investment Co Ltd, Provident Growth, 500 Startups dan The Hive. 

  • Untuk melengkapkan usaha digitalisasi, Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi menubuhkan National Technology and Innovation Sandbox yang 13 akan diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan memberi kelonggaran beberapa peraturan untuk menguji cuba teknologi baharu.

  • Untuk terus menggalakkan digitalisasi dalam sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan ke arah Revolusi Industri 4.0, Kerajaan akan menyediakan lebih banyak perkhidmatan secara dalam talian atau e-kaunter. Ini termasuk melaksanakan proses mematikan setem, menyemak dan menuntut Wang Tidak Dituntut bermula 1 Oktober 2020 dan sesi e-temuduga bagi permohonan biasiswa Kerajaan.

  • Untuk menggalakkan rakyat supaya menyokong produk dan perkhidmatan tempatan, Kerajaan juga akan meneruskan kempen “Buy Malaysia”. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan termasuklah menggalakkan rangkaian pasar raya besar untuk membuat penandaan produk tempatan dan juga menubuhkan saluran produk Malaysia yang berdedikasi di platform e-dagang. 

  • Melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet. Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia. 

  • Untuk merancakkan semula pasaran hartanah, beberapa insentif cukai akan disediakan:

    • Pertama: Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula. Melalui kempen ini, pengecualian duti setem akan diberikan ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman yang bernilai antara RM300,000 hingga RM2.5 juta. Pengecualian duti setem ke atas 14 suratcara pindah milik adalah terhad kepada RM1 juta pertama nilai rumah kediaman tersebut manakala duti setem sepenuhnya diberikan ke atas perjanjian pinjaman. Pengecualian ini akan berkuatkuasa bagi perjanjian jual beli yang ditandatangani mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021 tertakluk kepada syarat pemberian diskaun sekurang-kurangnya 10% oleh pihak pemaju; dan
    • Kedua: Pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah diberikan kepada individu warganegara Malaysia ke atas pelupusan rumah kediaman yang dibuat mulai 1 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2021. Pengecualian ini dihadkan bagi pelupusan tiga unit rumah kediaman sahaja untuk setiap individu.

  • Selain itu, had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600 ribu ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah, semasa tempoh program Kempen Pemilihan Rumah, tertakluk kepada pengurusan risiko dalaman institusi kewangan.

  • Selain itu, bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara, Kerajaan bersetuju memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan, dan 50 peratus bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh mulai 15 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020.

  • Kerajaan juga akan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta kepada MIDA untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran.

  • Seterusnya, bagi membantu syarikat untuk menaiktaraf teknologi, menembusi pasaran global melalui penyumberan luar atau outsourcing dan meningkatkan nilai eksport, Kerajaan bersetuju Dana Strategik Pelaburan Tempatan diberikan untuk pusingan kedua bagi projek dan syarikat yang sebelum ini telahpun layak menerima kemudahan tersebut.

  • Sektor pelancongan adalah antara sektor yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19. Untuk mengaktifkan semula kegiatan industri pelancongan, beberapa langkah cukai akan dilaksanakan:

    • Pertama: Perniagaan di bawah industri pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan yang telah diberikan penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai yang kena dibayar bagi tempoh 1 April 2020 hingga 30 September 2020 akan dilanjutkan tempoh penangguhan selama 3 bulan lagi mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020; 
    • Kedua: Mengecualikan cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021; 
    • Ketiga: Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021; dan 
    • Keempat: Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

  • Bercakap mengenai industri kreatif, hiburan dan acara, saya juga mendengar keluhan daripada karyawan, pengarah filem, krew produksi dan pengurus acara. Sehubungan itu, beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara yang berjumlah sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan melalui kerjasama antara MyCreative Ventures, MDEC dan pihak swasta.

  • Bagi industri pertanian dan makanan, kemudahan pinjaman Dana Agrofood sebanyak RM350 juta akan diperuntukkan untuk memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor ini. Selain itu, Kerajaan juga akan memperkasakan peningkatan mobiliti tenaga kerja pertanian melalui insentif yang diberikan kepada syarikat perintis untuk melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi bidang pertanian dan perladangan. Selain itu, pengusaha pertanian bandar juga akan diberi bantuan bernilai RM500 seorang dan RM50,000 untuk setiap komuniti.

  • Bagi mendorong sektor komoditi, Kerajaan bersetuju memberi pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.

  • Kerajaan akan menerbitkan Sukuk Prihatin bernilai RM500 juta bagi memenuhi permintaan tersebut yang akan dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini. Dengan bertemakan “Daripada Rakyat, Kepada Rakyat”, dana yang terkumpul ini akan disalurkan untuk membantu pembiayaan perniagaan perusahaan mikro terutamanya usahawan wanita, penambahbaikan liputan internet jalur lebar di sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan geran penyelidikan penyakit berjangkit. Program ini terbuka kepada orang ramai dan syarikat. 

Inti Pati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Inti Pati Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Reviewed by princessren on June 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.